Belajar Al Quran Secara Online melalui Yahoo Messenger....
Pusat Al Quran & Asuhan Al Kiram menyediakan kemudahan talaqqi atau belajar Al Quran secara online dari mana-mana dan bila-bila selagi di dalam had waktu yang ditetapkan.
Hanya menggunakan Yahoo Messenger, speaker dan mikrofon ; anda boleh mempelajari Al Quran secara online selama sejam sehari sebanyak tiga kali seminggu. Iaitu Isnin Selasa dan Rabu.dari 10 hingga 11 pm. (boleh dirunding untuk waktu selainnya )
Terbuka kepada semua. Kecuali kanak-kanak di bawah usia 7 tahun ( melainkan sudah mula membaca Al Quran )
Hanya
RM 10 minimum kadar sumbangan dan tiada had bagi maksimum.
Boleh dirunding jika mahu pengajian pada waktu luar dari masa yang ditetapkan.
Sila email kepada saya
addusuqy@gmail.com dan hantar msg bagi mendaftarkan diri mengikuti program ini.
Kaedah pembelajaran iaitu Guru akan mendengar seorang demi seorang membaca dan diikuti sesi perbincangan tentang hukum tajwid yang difikirkan perlu.
Cepat ! Cepat ! Cepat ! Agar cepat Diterima Allah akan amalan kita.Mempelajari kitab-Nya
Tiada sekatan jika anda tidak menyumbang.
Sumbangan bagi menyelesaikan kos internet dan berkaitan dengannya bagi melancarkan lagi urusan pembelajaran agar dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang memuaskan semua pihak.
Perancangan Al Kiram ialah mewujudakan sistem yang pantas dan terkini bagi kemudahan peserta pengajian program ini seperti cpu yang terpantas dan talian streamyx yang terlaju dan laptop untuk kemudahan online di mana-mana.
Alhamdulillah talian yang digunakan sekarang ialah streamyx 512 kbps pakej RM77 sebulan.
Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam salah satu akaun di bawah :
1. Maybank 162085410829
2. Bank CIMB 12360002635055
Jika anda ingin menggunakan cek bolehlah dibuat atas nama
'Pusat Al Quran & Asuhan Al Kiram'
Akaun CIMB no: 12360002635055
Cek tersebut boleh dihantar ke alamat yang tertera di sebelah...
Berita berkenaan Al Quran Online oleh Al Kiram ini telah diterbitkan dalam ruangan agama Berita Harian pada Jumaat 21 Januari 2006..
Sebarang cadangan dan pandangan bolehlah dikemukan melalui email kepada Al Kiram sebagaimana yang tertera di bawah ini.
Jika ingin mengaji waktu-waktu tertentu sila hubungi saya melalui (yahoo messenger atau sms ) bagi mendapatkan waktu yang sesuai untuk sesi pengajian secara online.
Sekian, selamat belajar dan mengajar kerana Allah demi Allah dan untuk Allah.
CARA MENGGUNAKAN YAHOO MESSENGER1.Anda mestilah mempunyai email yahoo.
2.Memiliki yahoo messenger yang terbaru version 8.1.0.249 with voice
(jika tidak, sila download di
www.yahoo.com)
3.
'Add' email
saya dalam list yahoo messenger anda dengan menekan 'add a contact' di ruangan 'contacts'
4.Jika email saya online (berwarna kuning), tekan dua kali atas ikon email saya dan tulis mesej ingin mengaji Al Quran Online dalam ruang mesej yang terpapar di skrin komputer anda.
5.Tekan
'send' dan tunggu saya
'invite' untuk
'join room'(disyorkan menggunkan
talian streamyx bagi mendapatkan kualiti suara yang bagus )
Posted at 08:40 pm by zannun
cadangan